Catholic News Local - Sabah Borneo Malaysia
Blessed 75th Birthday Anniversary His Lordship Rt. Rev Bishop Datuk Cornelius Piong - Diocese of Keningau Sabah, Malaysia
Archbishop John Wong
Archbishop John Wong was born on 6 June 1968 in Sandakan. He was ordained priest on January 21, 1999. As a priest, he has served four years at the cathedral parish. Later, after returning from his studies in Rome where he obtained a licentiate in spirituality, he became the director of the aspirants at the Catholic Diocesan Centre and vice-director of the Initiation Year of St Peter’s College Karamunsing. He has also served as the spiritual adviser to the Bible Commission from 2006 to 2007. Up until his episcopal ordination on 1 October 2010, he was serving as the spiritual adviser to the Youth Commission, exercising his priestly ministry at the cathedral and its subparish Church of Mary Immaculate, especially among the Chinese-speaking parishioners. He was 42 at the time of his episcopal ordination. This made him one of the youngest candidates ever to have become a bishop in the Malaysia, Singapore and Brunei Region. He was installed second archbishop of Kota Kinabalu on 24 January 2013.
1. SEJARAH PENUBUHAN KEUSKUPAN KENINGAU
Pada 31 Mei 1976 menandakan satu era penting bagi Gereja tempatan di negeri Sabah apabila “Vicariate” Jesselton diiktiraf menjadi Keuskupan Kota Kinabalu dan Uskup Simon Fung menjadi Uskupnya yang pertama.
Pada 6 Mei 1993, kawasan Keuskupan Kota Kinabalu dihadkan kepada pantai Timur dan Barat sahaja. Sementara kawasan pedalaman di bawah jagaan Keuskupan baru iaitu Keuskupan Keningau yang dipimpin oleh Uskup Cornelius Piong.
Sejarah Keuskupan Keningau bermula pada tahun 1989 iaitu setelah dua tahun Uskup John Lee ditahbiskan menjadi uskup. Pada masa itu beliau merasa sangat perlu untuk mempunyai pentadbiran dan penjagaan pastoral yang lebih berkesan dan rapi. Ini disebabkan kawasan Keuskupan Kota Kinabalu terlalu luas dan sukar dikendalikan oleh seorang Uskup. Luas kawasan negeri Sabah ialah 73,620 km persegi. Jumlah penduduk negeri Sabah hampir dua juta. Bentuk muka bumi Sabah yang bergunung-ganang dan berbukit-bukau menjadi halangan kepada lawatan pastoral yang lebih berkesan. Maka kawasan pantai timur iaitu Sandakan, Lahad Datu dan Tawau tertinggal dari segi pembangunan iman. Masih banyak kawasan yang belum diterokai untuk mewartakan Khabar Gembira. Situasi ini turut dialami oleh daerah Kudat.
Setelah Uskup John Lee berbincang dengan Wakil Apostolik, Yang Mulia Alberto Tricarico, segala kertas kerja yang perlu mulai disediakan dan dokumen tersebut siap pada awal tahun 1990. Semasa perjalanan beliau ke Roma untuk lawatan “Ad Limina” yang pertama kali, dokumen itu diserahkan kepada Yang Mulia Uskup Agung Alberto Tricarico untuk tindakan selanjutnya.
Pada 2 Februari 1993, Sri Paus Yohanes Paulus II telah mengumumkan secara rasmi di Roma, perlantikan seorang Uskup bagi Keuskupan Keningau. Penubuhan Keuskupan Keningau dan pentahbisan Uskupnya yang pertama, Monsignor Cornelius Piong, dijalankan serentak oleh wakil Sri Paus, Uskup Agung Alberto Tricarico pada 6 Mei 1993, di Gereja St. Francis Xavier, Keningau.
Keuskupan ini merangkumi Paroki-Paroki di Bahagian Pedalaman iaitu: St. Francis Xavier Keningau, Holy Cross Toboh, St. Theresa Tambunan, St. Anthony Tenom, St. Valentine Beaufort, St. Patrick Membakut, St. Peter Bundu Kuala Penyu, Mission Sook dan St. Yohanes Sipitang. Pada 3 Mei 1998 Mission Kemabong telah diiktiraf sebagai Majlis Pastoral Mission sewaktu perayaan Ulang tahun Keuskupan yang ke lima di Paroki St. Anthony, Tenom yang menambah jumlah 8 buah Paroki dan 2 buah Mission.
Penubuhan Keuskupan Keningau menandakan kematangan Umat Allah di Bahagian Pedalaman, berdikari dalam mentadbir sebuah Gereja Tempatan yang dipimpin oleh Uskupnya sendiri. Dengan demikian, Keuskupan Keningau dianggap sebagai sebuah Gereja Tempatan seperti Gereja-Gereja mandiri yang terdapat di Kuching, Kuala Lumpur, Singapura, Jakarta, Manila, Thailand atau Roma. Masing-masing mempunyai sejarah dan keadaan yang berbeza di mana Perancangan Pastoral adalah unik.
More….
Diocese of Sandakan
The Diocese of Sandakan is a newly established diocese in Sabah. Like the Diocese of Keningau, the newly established Diocese of Sandakan is formed by the parishes drawn from the Archdiocese of Kota Kinabalu. These parishes are St. Mary’s Cathedral Parish of Sandakan, St Martin Parish of Telupid, St Dominic Parish of Lahad Datu and Holy Trinity Parish of Tawau. Since the origin of the Diocese of Keningau and Sandakan are from the Archdiocese of Kota Kinabalu, they share a common historical background that can be traced back to the early Nineteenth Century, when the missonary priests from Mill Hill England set foot in North Borneo following the voyage of the colonial explorers. The significant events which marked the pathway of the important history are as follows:-